Tarikh

:3 Jun 2018

Masa

: 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 11 orang

Tujuan 

Program mari mewarna ini telah dihadiri oleh kanak kanak dan dewasa sekitar Felda Kerteh 2. Pertandingan ini telah dibahagikan mengikut beberapa tahap iaitu sekolah rendah bawah yang terdiri daripada pelajar darjah 1hingga 3, sekolah rendah atas iaitu pelajar darjah 4 hingga 6 dan sekolah menengah bawah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1hingga 3. Tujuan program ini adalah untuk mengasah bakat anak-anak pelajar yang kurang didedahkan. Program ini juga membantu kanak-kanak lebih terdedah dengan kepelbagaian warna dan corak mengikut kreativiti masing-masing.

   

Aktiviti 

Para pelajar diberikan sehelai kertas bergambar dan set pensel warna untuk memulakan aktiviti mewarna.

 

Tekan Disini Untuk Gambar

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh

:8 Jun 2018

Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 6 orang

Tujuan 

Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba, satu aktiviti untuk membuat kad hari raya kepada insan tersayang telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan komuniti yang lebih kreatif dan berinovasi.

   

Aktiviti 

Menggunakan Microsoft Office Publisher sebagai medium untuk menyiapkan kad hari raya.

Tekan Disini Untuk Gambar

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh

:23 Jun 2018

Masa

: 02.30 pagi - 03.30 tengahari

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 1 orang

Tujuan 

En. Rustam telah datang meminta bantuan petugas PI1M untuk membantu beliau menyiapkan resume. Tujuan utama beliau adalah untuk menyediakan resume yang terbaik untuk diserahkan kepada bakal majikan beliau.

   

Aktiviti 

Memandangkan En. Rustam mempunyai kurang kemahiran dalam menggunakan komputer, beliau telah diajar oleh petugas PI1M pengetahuan asas menggunakan komputer. Beliau juga diajar untuk menggunakan Microsoft Office Word untuk menyiapkan resume.

Tekan Disini Untuk Gambar

Tarikh

:5 Mei 2018

Masa

: 02.30 petang - 05.30 petang

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 9 orang

Tujuan 

Power point merupakan salah satu aplikasi dari Microsoft yang sangat membantu terutama bagi sesi perbentangan di dalam kelas. Dengan menggunakan microsoft powerpoint, setiap 'presentation' itu menjadi lebih bersemangat dan tidak membosankan dengan paparan grafik dan bunyi yang disedikan.  

   

Aktiviti 

Dalam kelas ini, pelajar telah diajar cara asas untuk menggunakan Microsoft Powerpoint. Mereka diajar cara menggerakkan 'slide', penambahan bunyi dan grafik.

 

 

Tekan Disini Untuk Gambar

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Tarikh

:15 Mei 2018

Masa

: 02.30 petang - 04.30 petang

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 1 orang

Tujuan 

Puan Azmunirah meminta bantuan petugas PI1M untuk membantu beliau untuk menyiapkan satu surat rasmi. Beliau telah diajar menggunakan Microsoft Word. Microsoft Word mempunyai berbagai macam fungsi. Antaranya ialah untuk membuat dokumen dengan cepat, membuat dokumen yang ingin dicetak, menyimpan dokumen dalam ukuran yang kecil dan format yang seragam, membuat tulisan dalam berbagai variasi dan membuat label surat. 

   

Aktiviti 

Puan Azmunirah telah diajar cara asas untuk menggunakan Microsoft Word. 

 

Tekan Disini Untuk Gambar

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tarikh

:21 Mei 2018

Masa

: 02.30 petang - 04.30 petang

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 1 orang

Tujuan 

Cik Syuhada didedahkan dengan Microsoft Office Word. Beliau diajar cara yang mudah untuk menyiapkan resume beliau. 

   

Aktiviti 

Dalam kelas ini, Cik Syuhada telah diajar cara asas untuk menggunakan Microsoft Word contohnya seperti menaip, menukar bentuk dan saiz tulisan, membuat kotak dan banyak lagi.

 

Tekan Disini Untuk Gambar

Tarikh

: 1 Mac 2018

Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan 

Program ini dihadiri oleh 15 orang pelajar tabika perpaduan yang terletak di sekitar ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai dunia IT kepada para pelajar cilik ini untuk lebih berminat kepada teknologi maklumat.

   

Aktiviti 

Para pelajar didedahkan dengan aplikasi mewarna online serta pengenalan kepada komputer.

Gambar Disini

 

Tarikh

: 12 April 2018

Masa

: 02.30 tengahari - 03.30 tengahari

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 13 orang

Tujuan 

Program ini dihadiri oleh 13 orang anak-anak remaja yg berusia 12-14 tahun yang tinggal di sekitar Felda Kerteh 2 dan 3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai dunia IT kepada mereka untuk tahu lebih lanjut mengenai cara pemasangan komputer dan lebih terdedah kepada teknologi semasa.

   

Aktiviti 

Para pelajar didedahkan dengan cara pemasangan komputer serta cara pemasangan kabel dengan betul dan kemas.

Gambar Disini

 

Tarikh

: 24 Februari 2018

Masa

: 2.15 petang - 5.15 petang

Lokasi

: PI Felda Kerteh 2

Peserta

: 9 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih mahir dengan menggunakan aplikasi PAINT untuk melukis poster.

   

Aktiviti 

Para pelajar didedahkan dengan aplikasi PAINT untuk melukis poster.

Gambar Disini