Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

 

Pertandingan Video Pendek 2018 1

 

 

Golongan Belia Malaysia yang ada pada hari ini adalah merupakan aset yang penting kepada agama dan negara.  Negara kita memiliki jumlah belia yang ramai iaitu 11.9 juta orang  daripada 28.3 juta penduduk negara kita. Ini bermakna hampir sebahagian besar penduduk negara terdiri daripada golongan belia. Mereka berada dalam lingkungan umur di antara 15 hingga 39 tahun. 

Sebagai satu kelompok masyarakat dengan jumlah yang besar, mereka sekali-kali tidak boleh dipinggirkan apatah lagi golongan ini dilihat berpotensi dalam menuju arus pembangunan negara. Malah nilai kepentingan belia ini sebenarnya dapat diperhatikan melalui frasa-frasa yang sering dikaitkan dengan mereka seperti belia aset negara, pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara dan lain-lain lagi.

Jumlah belia yang ada ini perlu digembleng supaya mereka menjadi lebih mantap dari pelbagai aspek meliputi sahsiah dan keperibadian, intelek dan akademik, di samping pembangunan fizikal dan sosial yang cemerlang. Selain itu, dalam mencapai frasa tersebut, golongan belia atau juga dikenali sebagai golongan muda ini  perlu dididik dan dibentuk sejajar dengan aspirasi Wawasan 2020 dan sebagai inspirasi pemangkin negara.

Walau bagaimanapun, golongan belia menghadapi cabaran yang sangat hebat. Mereka ini bukan sahaja terdedah kepada budaya hedonisme iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan,  tetapi mereka semakin diresapi dan terdedah kepada laman-laman  sosial yang cukup membimbangkan. Banyak suara-suara golongan muda ini mudah diikuti terutama menerusi media sosial.  Jika buat benda yang baik tidak apa. Cuma apa yang kita khuatir jika pendapat atau pandangan mereka ada yang mengikut emosi yang melampau.

 

Berikut adalah senarai jawatankuasa MBFM Felda Kerteh 2:

 

 

 

 

SENARAI JAWATAN KUASA

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA (MBFM)

FELDA KERTEH 2

2014/2016

NAMA

JAWATAN

1

MOHD SOLAHUDIN BIN RAHIM

PENGERUSI

2

ROZAKI BIN MAT

PENGERUSI 01

3

NOORHASFAZILA BT OMAR

PENGERUSI 02

4

SUHASMIRA BT YAACOB

SETIAUSAHA

5

MALINA BT NGAH

BENDAHARI

6

WATI@ NORHAYATI BT MOHAMED

AHLI JAWATANKUASA

7

ASMAWI BIN YUNUS

AHLI JAWATANKUASA

8

NOR HAYA BT MD NOOR

AHLI JAWATANKUASA

9

MOHD AZWIRA B. AB AZIZ

AHLI JAWATANKUASA

10

CHE AZIZUL B. CHE HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA

11

YUSMANIFARIZA BT MUHAMMAD

AHLI JAWATANKUASA

12

FARAH FADZIELAWATI BT MOHD

AHLI JAWATANKUASA

13

SYARIFAH BT RAMLI

AHLI JAWATANKUASA

14

SUZIEYANA ELIANA BT ABD WAHAB

AHLI JAWATANKUASA

15

SHAMSHUKRI BIN SHAMSUDIN

AHLI JAWATANKUASA

16

SHAHRIM BIN ABD WAHAB

AHLI JAWATANKUASA

17

KHARUL AZNAN B. MUHAMAD

AHLI JAWATANKUASA

 

                            

 

Baru-baru ini, satu pertandingan futsal antara belia telah diadakan. Pertandingan futsal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pasukan yang mengambil bahagian disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kejohanan ini telah disertai oleh 10 pasukan yang menunjukkan bakat dalam sukan futsal. Kejohanan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 3.00 petang.

.