Golongan Belia Malaysia yang ada pada hari ini adalah merupakan aset yang penting kepada agama dan negara.  Negara kita memiliki jumlah belia yang ramai iaitu 11.9 juta orang  daripada 28.3 juta penduduk negara kita. Ini bermakna hampir sebahagian besar penduduk negara terdiri daripada golongan belia. Mereka berada dalam lingkungan umur di antara 15 hingga 39 tahun. 

Sebagai satu kelompok masyarakat dengan jumlah yang besar, mereka sekali-kali tidak boleh dipinggirkan apatah lagi golongan ini dilihat berpotensi dalam menuju arus pembangunan negara. Malah nilai kepentingan belia ini sebenarnya dapat diperhatikan melalui frasa-frasa yang sering dikaitkan dengan mereka seperti belia aset negara, pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara dan lain-lain lagi.

Jumlah belia yang ada ini perlu digembleng supaya mereka menjadi lebih mantap dari pelbagai aspek meliputi sahsiah dan keperibadian, intelek dan akademik, di samping pembangunan fizikal dan sosial yang cemerlang. Selain itu, dalam mencapai frasa tersebut, golongan belia atau juga dikenali sebagai golongan muda ini  perlu dididik dan dibentuk sejajar dengan aspirasi Wawasan 2020 dan sebagai inspirasi pemangkin negara.

Walau bagaimanapun, golongan belia menghadapi cabaran yang sangat hebat. Mereka ini bukan sahaja terdedah kepada budaya hedonisme iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan,  tetapi mereka semakin diresapi dan terdedah kepada laman-laman  sosial yang cukup membimbangkan. Banyak suara-suara golongan muda ini mudah diikuti terutama menerusi media sosial.  Jika buat benda yang baik tidak apa. Cuma apa yang kita khuatir jika pendapat atau pandangan mereka ada yang mengikut emosi yang melampau.

 

Berikut adalah senarai jawatankuasa MBFM Felda Kerteh 2:

 

 

 

 

SENARAI JAWATAN KUASA

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA (MBFM)

FELDA KERTEH 2

2014/2016

NAMA

JAWATAN

1

MOHD SOLAHUDIN BIN RAHIM

PENGERUSI

2

ROZAKI BIN MAT

PENGERUSI 01

3

NOORHASFAZILA BT OMAR

PENGERUSI 02

4

SUHASMIRA BT YAACOB

SETIAUSAHA

5

MALINA BT NGAH

BENDAHARI

6

WATI@ NORHAYATI BT MOHAMED

AHLI JAWATANKUASA

7

ASMAWI BIN YUNUS

AHLI JAWATANKUASA

8

NOR HAYA BT MD NOOR

AHLI JAWATANKUASA

9

MOHD AZWIRA B. AB AZIZ

AHLI JAWATANKUASA

10

CHE AZIZUL B. CHE HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA

11

YUSMANIFARIZA BT MUHAMMAD

AHLI JAWATANKUASA

12

FARAH FADZIELAWATI BT MOHD

AHLI JAWATANKUASA

13

SYARIFAH BT RAMLI

AHLI JAWATANKUASA

14

SUZIEYANA ELIANA BT ABD WAHAB

AHLI JAWATANKUASA

15

SHAMSHUKRI BIN SHAMSUDIN

AHLI JAWATANKUASA

16

SHAHRIM BIN ABD WAHAB

AHLI JAWATANKUASA

17

KHARUL AZNAN B. MUHAMAD

AHLI JAWATANKUASA