MAJLIS ASYURA FELDA KERTEH 2

10 Muharram adalah Hari Asyura dan jatuh pada 4 Oktober 2018. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Pada tahun ini, bubur Asyura telah diadakan di perkarangan Masjid Felda Kerteh 2. Ramai penduduk setempat hadir untuk sama-sama menyediakan bubur asyura dan mengagihkan kepada orang ramai.

 

SEJARAH MAJLIS ASYURA

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

 

.

Aktiviti gotong royong diadakan dan dihadiri oleh pihak JKKR Felda Kerteh 2, staf-staf Pejabat Felda Kerteh 2, ibu-ibu dari Gerakan Persatuan Wanita dan Gerakan Belia.

Tarikh : 4/8/2018

Tempat : FELDA KERTEH 2

.

Komuniti Felda kerteh 2 terutamanya golongan wanita terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelbagai aktiviti keusahawanan atau perniagaan.  Kaum wanita di kawasan ini juga   menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan untuk menyara hidup dan juga ada   dikalangan mereka menjalankan perniagaan pisang goreng , menjual ikan, barangan   kraftangan dan perniagaan yang berkaitan dengan wanita seperti salun,   mengambil tempahan jahitan baju, membuat kuih yang diletakkan di kedai-kedai   kopi untuk dijual serta anak-anak remaja yang mengambil tempahan kek dan chicken chop secara cost on delivery (cod).

 

 

12345642 957878570916278 9109820941632345182 n12391187 1107715219248183 658300982099451867 n

  • Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini.

 

Baru-baru ini, majlis sambutan hari raya telah diadakan dan ramai masyarakat setempat serta ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW) tidak ketinggalan untuk turun padang bersama-sama menyediakan juadah hari raya. Persiapan tersebut telah diadakan pada 6 Julai 2018 manakala majlis sambutan hari raya berlangsung keesokan harinya, 7 Julai 2018 bertempat di Dewan JKKR Felda Kerteh 2.

 

.