Komuniti Felda kerteh 2 terutamanya golongan wanita terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelbagai aktiviti keusahawanan atau perniagaan. Kaum wanita di kawasan ini juga menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan untuk menyara hidup dan juga ada dikalangan mereka menjalankan perniagaan pisang goreng , menjual ikan, barangan kraftangan dan perniagaan yang berkaitan dengan wanita seperti salun, mengambil tempahan jahitan baju, membuat kuih yang diletakkan di kedai-kedai kopi untuk dijual serta anak-anak remaja yang mengambil tempahan kek dan chicken chop secara cost on delivery (cod).