MENJALANKAN PERNIAGAAN KEK DAN PASTRI
Nama | : Nurul Afiqah bt Abdul Rahman |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Afiqah merupakan komuniti Felda Kerteh 2 yang menjalankan perniagaan kek dan pastri. Cik Afiqah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu hanya dari rumah tetapi setelah menyertai program yang diadakan di Pusat Internet Felda Kerteh 2 ,Cik Afiqah telah mempelajari lebih banyak cara untuk mempromosikan produk jualannya secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Afiqah hanya menjual kek kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui program yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia, Cik Afiqah menerima lebih banyak pendedahan tentang cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta dapat diketahui oleh lebih ramai orang. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Cik Afiqah dapat memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Cik Afiqah dapat mengetahui pembekal yang menjual bahan mentah yang lebih murah dan lokasi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produknya.