MENJUAL PAKAIAN IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU

Nama : Nur Syuhada bt Mohamed @ Che Lah
Umur : 25 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Syuhada merupakan pengguna tetap di Pusat Internet Felda Kerteh 2. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang pengajian perniagaan, Cik Syuhada terus menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau bermula dari jualan baju readymade promosi secara mulut ke mulut sehinggalah sekarang beliau telah fokus kepada penjenamaan sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain melakukan jualan kepada sahabat terdekat, Cik Syuhada juga sering ikut serta dalam jualan karnival dan membuka tapak jualan sendiri seperti carboot sales di beberapa tempat yang mendapat tumpuan ramai orang. Hasil jualan yang diperolehi sekadar mencapai untung yang biasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Cik Syuhada mengetahui lebih banyak cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta mencapai lebih ramai sasaran pasaran. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Cik Syuhada dapat memasarkan produk pakaiannya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain.

 

momi