MENJUAL KEK DAN MANISAN
Latar belakang Puan Suhada merupakan suri rumah sepenuh masa dan berusia 33 tahun. Beliau mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kerana minatnya dalam bidang pembuatan kek sangat mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Puan Suhada hanya menjual kek kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Puan Suhada menerima lebih banyak pendedahan tentang cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta dapat diketahui oleh lebih ramai orang. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Puan Suhada dapat memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Puan Suhada dapat mengetahui pembekal yang menjual bahan mentah yang lebih murah dan lokasi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produknya.
|