MENJUAL PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
Nama | : Nor Rosmaini bt Sulaiman |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2015, Puan Rosmaini terus mendirikan rumah tangga dan beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan yang berusia 25 tahun. Beliau mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kerana minatnya dalam bidang jualan sangat mendalam dan ingin membantu suaminya dengan mencari pendapatan sampingan. Antara produk jualan beliau adalah pelbagai jenis kek dan pencuci mulut serta keropok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rosmaini menjual produk jualan kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Beliau masih tidak mahir dan tidak yakin untuk meneruskan produk jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Puan Rosmaini menerima lebih banyak pendedahan tentang cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta dapat diketahui oleh lebih ramai orang. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Puan Rosmaini dapat memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Beliau dapat mengetahui pembekal yang menjual bahan mentah yang lebih murah dan lokasi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produknya.