Nama : Nor Maziah bt Majid 
Umur : 27 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Azi ialah surirumah sepenuh masa dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Sumber pendapatan utama beliau adalah sepenuhnya dari suami memandangkan dia tidak bekerja dan perlu menjaga dua anak yang masih kecil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azi tidak begitu mahir menggunakan media sosial dan internet. Selain itu beliau menyangka bahawa mustahil untuk beliau berniaga memandangkan anak anak beliau masih kecil dan memerlukan sepenuh perhatian daripada beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah  menyertai beberapa aktiviti bersama pusat internet, Puan Azi bertambah yakin dengan kebolehan beliau. Puan Azi mula melakukan jualan dari rumah. Suami Puan Azi amat menyokong isterinya dalam menjalankan perniagaan beliau. Sekarang Puan Azi dapat melakukan jualan yang agak memuaskan dan dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarganya.