Latar belakang
Adik Adam merupakan pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau. Beliau sering hadir ke pusat internet untuk mencari maklumat atau melayari internet semenjak di sekolah rendah lagi. Selain itu, adik Adam juga datang ke pusat internet untuk menyertai kelas atau program yang diadakan di Pusat Internet Felda Kerteh 2.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menyertai program yang diadakan di pusat internet, adik Adam banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan di telefon mudah alih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beberapa ketika bersama pusat internet, adik Adam telah belajar banyak perkara dan lebih mahir dalam menggunakan komputer dan ICT.
|