Rimba Bandar Bukit Bauk terletak di daerah Dungun, Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai kemudahan telah di sediakan dikawasan rekreasi ini antaranya pusat penerangan, trek joging, tandas, surau dan dataran hijau.
Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk dulunya merupakan laluan utama dari Dungun ke Paka, Kerteh dan Kemaman. Lokasi Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk ini hanya 6 km dari Bandar Dungun dan kira-kira 85 km dari Bandar Kuala Terengganu.
Pada hari minggu dan cuti am, Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk ini menjadi tumpuan penduduk tempatan yang gemar berjoging dan bersenam.