Nama : Nur Mariam Izzatulnisa bt Mohammad Amir
Umur : 09 Tahun
Ahli : 12/01/2024

 

Latar belakang

Nur Mariam Izzatulnissa atau lebih gemar dipanggil Mariam merupakan cucu peneroka komuniti Felda Kerteh 2. Adik Mariam berumur 9 tahun dan tinggal berdekatan dengan NADI Felda Kerteh 2. Dia sering datang ke NADI terutama pada hari cuti persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum berdaftar sebagai ahli pusat internet, adik Mariam kurang mahir menggunakan komputer dan kemudahan lain yang disediakan. Banyak perkara mengenai teknologi dan komputer yang perlu di pelajari oleh adik Mariam untuk menjadi pengguna yang mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sepanjang penglibatan adik Mariam bersama NADI, semakin bertambah luas pengetahuan beliau dalam ilmu komputer dan it. Banyak perkara baru yang di telusuri oleh Maiam yang mana dalam masa yang sama ddapat membantu dalam pelajaran beliau.

Nama : Nur Aimi Zulaikha bt Mohd Sakri
Umur : 12 Tahun
Ahli : 24/12/2021

 

Latar belakang

Nur Aimi Zulaikha atau lebih mesra membahasakan diriny sebagai Aimi merupakan cucu kepada salah seorang penduduk di Felda Kerteh 2. Aimi sering datang ke NADI sekiranya beliau mempunyai masa lapang atau ada urusan yang perlu diselesaikan menggunakan kemudahan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengenali NADI, adik Aimi banyak menggunakan telefon ibunya di rumah memandangkan dirumah tiada kemudahan komputer disediakan. Pada permulaan, adik Aimi agak kekok dalam menggunakan komputer dan aplikasi di dalamnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah terlibat bersama NADI, adik Aimi telah menunjukkan banyak perkembangan dari segi pengetahuannya dalam menggunakan komputer. Beliau juga sering hadir ke NADI untuk menyiapkan kerja sekolah atau mencari maklumat mengenai kerja kursus yang diberikan oleh guru.

Nama : Nur Amna Zafira bt Mohd Sakri
Umur : 16 Tahun
Ahli : 24/12/2021

Latar belakang

Adik Amna atau nama sebenarnya Nur Amna Zafira merupakan komuniti setempat di Felda Kerteh 2. Berumur 16 tahun dan baru sahaja memasuki tingkatan 4. Adik Amna sering datang ke PEDi, semenjak dia mula mendaftarkan diri pada Disember 2021.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di PEDi, pengetahuan adik Amna mengenai ICT sangat terbatan kerana dirumah tiada kelengkapan seperti komputer disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah terlibat bersama PEDi, banyak ilmu baru yang diperolehi oleh adik Amna. Adik Amna lebih cekap dalam menggunakan komputer dan sekarang mampu untuk mengajar kawan kawannya yang kurang mahir dalam bidang ICT.

Nama : Ain Maisarah
Umur : 11 Tahun
Ahli : 17/01/2024

 

Latar belakang

Ain Maisarah berumur 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau. Tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menjadi bonus kepada adik Ain untuk sering hadir ke PEDi untuk belajar computer dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Ain tidak mempunyai kemahiran computer sebelum hadir ke PEDi. Kekurangan kemudahan di rumah menyukarkan adik Ain untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah terlibat bersama PEDi, banyak maklumat maklumat baru diperolehi adik Ain. Petugas di PEDI juga membantu adik Ain belajar asas menggunakan komputer dengan lebih mahir

 

Nama : Siti Noor Aisyah bt Mohd Al Juri
Umur : 21 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Siti Noor Aisyah, atau lebih dikenali sebagai Noor merupakan salah seorang komuniti Felda Kerteh 2. Mula mendaftarkan diri di PEDI pada tahun 2019 yang lalu. Beliau sering hadir ke PEDI dan merupakan penyokong utama setiap kali pelbagai program diadakan di PEDI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dirumah Noor tiada kemudahan computer disediakan jadi agak sukar untuk beliau mencari maklumat atau jika ingin menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Kesukaran tersebut membawa beliau untuk mendaftarkan diri ke PEDI dan menggunakan kemudahan yang disediakan di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah terlibat bersama PEDi, banyak maklumat maklumat baru diperolehi Noor. Petugas di PEDI juga membantu Noor membuat kerja kursus dan membantu beliau belajar asas menggunakan komputer dengan lebih mahir.