Nama : Muhammad Hazrul Adam bin Zulkifli
Umur : 15 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Adik Adam merupakan pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau. Beliau sering hadir ke pusat internet untuk mencari maklumat atau melayari internet semenjak di sekolah rendah lagi. Selain itu, adik Adam juga datang ke pusat internet untuk menyertai kelas atau program yang diadakan di Pusat Internet Felda Kerteh 2. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai program yang diadakan di pusat internet, adik Adam banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan di telefon mudah alih.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa ketika bersama pusat internet, adik Adam telah belajar banyak perkara dan lebih mahir dalam menggunakan komputer dan ICT.

 

 

 

Nama : Muhamad Syarul Haikal Zakazam 
Umur : 13 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Haikal merupakan anak kelahiran Felda Kerteh 2. Berasal dari keluarga sederhana & bergiat aktif juga dalam bidang pembelajaran. Mempunyai minat untuk belajar komputer tapi kekangan kemudahan di rumahnya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berdaftar sebagai ahli pusat internet, adik Haikal tidak pandai langsung menggunakan komputer. Pengetahuan beliau mengenai ICT dan kemudahannya agak terbatas. Banyak yang harus dipelajari oleh adik Haikal untuk menjadi lebih mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa ketika bersama pusat internet, adik Haikal telah belajar banyak perkara dan lebih mahir dalam menggunakan komputer dan ICT.

 

Nama : Muhammad Ammar Hadi bin Mazri  
Umur : 13 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Adik Ammar merupakan pengguna tetap pusat internet. Beliau merupakan seorang anak yang kreatif dan berinovasi. Beliau sering mengunjungi pusat internet untuk mencari maklumat, membuat kerja sekolah atau datang unruk berjumpa dengan rakan-rakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Ammar mula mengunjungi pusat internet pada tahun 2015 bersama ibunya yang hadir ketika program diadakan. Semenjak itu dia menunjukkan minat untuk lebih mendalami ilmu mengenai komputer dan internet. Adik Ammar bermula dengan ‘zero knowledge’ dan memang mula belajar daripada bawah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Lama kelamaan  adik Ammar makin cekap menggunakan komputer. Dia juga sering datang untuk menyertai program-program atau mana-mana kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet. Pengetahuan nya dalam bidang teknologi juga semakin meningkat berbanding sebelum penglibatan beliau bersama pusat internet.

Nama : Che Aliff Najmuddin 
Umur : 16 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Che Alif Najmuddin atau lebih mesra di sapa sebagai Che Aliff merupakan remaja belia yang berusia 16 tahun. Mula berdaftar menjadi ahli pusat internet semenjak Jun 2015 lagi, Che Aliff telah banyak belajar dan sering datang ke pusat internet untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berdaftar sebagai ahli pusat internet, adik Alif kurang mahir menggunakan komputer dan kemudahan lain yang disediakan. Banyak perkara mengenai teknologi dan komputer yang perlu di pelajari oleh Che Alif untuk menjadi pengguna yang mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sepanjang penglibatan Che Alif bersama pusat internet, semakin bertambah luas pengetahuan beliau dalam ilmu komputer dan it. Banyak perkara baru yang di telusuri oleh Che Aliff yang mana dalam masa yang sama ddapat membantu dalam pelajaran beliau.

 

Nama : Nor Haya bt Mohd Nor 
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Nor Haya atau lebih mesra disapa Kak Haya merupakan seorang ibu yang berkerjaya. Pada mulanya beliau hanya pengguna Nurayysa akan tetapi beliau jatuh cinta dengan keberkesanan produk tersebut lalu membuat keputusan untuk menjadi penjual produk tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada kebiasaannya fokus Puan Haya tertumpu kepada pengguna sekitarnya seperti keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Akan tetapi jumlah jualan bulanan yang diperolehi oleh Puan Haya amat kurang memberangsangkan dan agak sukar untuk mencapai target yang ditetapkan oleh beliau sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mula berkecimpung bersama pusat internet,Puan Haya dapat mengembangkan lagi perniagaanbeliau. Oleh itu hasil jualan bulanan yang diperolehi oleh Puan Haya semakin meningkat berbanding sebelumnya. Bermula dari zero-knowledge beliau berjaya melebarkan sayap dengan lebih meluas lagi.