Nama | : Noor Adibah Ab Rahman |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Adibah atau lebih mesra dipanggil Dieyba merupakan anak jati kelahiran Felda Kerteh 2. Sebelum berkahwin, Dieyba merupakan seorang yang bekerja sepenuh masa. Setelah berkahwin dengan pilihan hatinya, Dieyba masih menetap di Felda Kerteh 2. Setelah beberapa ketika barulah Dieyba berhijrah ke Bandaraya Kuala Lumpur mengikuti suaminya yang bekerja di sana.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikut suaminya berhijrah, Dieyba sempat beberapa kali menyertai program yang dianjurkan oleh PI Felda Kerteh 2. Antaranya adalah latihan keusahawanan yang dianjurkan setiap bulanan. Sebelum menyertai program keusahawanan, Dieyba tidak begitu mahir dalam mengiklankan produk beliau. Pasaran terdekat beliau adalah kawan-kawan terdekat dan saudara mara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Kerteh 2, perniagaan kosmetik Dieyba semakin memberangsankan. Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur Dieyba semakin mahir menambat hati pelanggannya. Keuntungan yang diperolehi beliau juga semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Nama | : Muhamad Asyraf Fakri |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Adik Asyraf baru sahaja menganjak ke tingkatan 1. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau. Adik Asyraf telah bersama-sama pusat internet selama 5 tahun setelah dia mendaftar sebagai ahli pusat internet pada tahun 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli pusat internet pada tahun 2015, adik Ashraf kerap datang ke pusat internet. Bermula dari kosong pengetahuan mengenai komputer dan platform lain adik Ashraf gigih datang untuk terus belajar lebih banyak perkara mengenai perisisan komputer dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang menjadi ahli banyak program dan aktiviti yang disertai oleh Adik Asyraf terutama apabila terdapat aktiviti Jom Sihat mahupun Hari Terbuka bersama komuniti. Adik Asyraf juga sekarang lebih mahir menggunakan komputer terutama perisian Microsoft dan carian maklumat di internet.
MENJUAL PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
Nama | : Nor Rosmaini bt Sulaiman |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2015, Puan Rosmaini terus mendirikan rumah tangga dan beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan yang berusia 25 tahun. Beliau mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kerana minatnya dalam bidang jualan sangat mendalam dan ingin membantu suaminya dengan mencari pendapatan sampingan. Antara produk jualan beliau adalah pelbagai jenis kek dan pencuci mulut serta keropok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rosmaini menjual produk jualan kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Beliau masih tidak mahir dan tidak yakin untuk meneruskan produk jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Puan Rosmaini menerima lebih banyak pendedahan tentang cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta dapat diketahui oleh lebih ramai orang. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Puan Rosmaini dapat memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Beliau dapat mengetahui pembekal yang menjual bahan mentah yang lebih murah dan lokasi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produknya.
Nama | : M A Qil Muhimin |
Umur | : 13tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Adik Aqil merupakan pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau. Adik Aqil telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan yang agak memuaskan. Adik Aqil sangat minat mempelajari semua perkara mengenai komputer, kegunaan internet dan sebagainya. Beliau sering datang ke Pusat Internet Felda Kerteh 2 untuk mempelajari banyak perkara baru mengenai komputer dan IT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Aqil mula menjadi ahli pada tahun 2017. Sebelum penglibatan beliau dengan pusat internet, adik Aqil langsung tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer dan teknologi. Akan tetapi minat mendalam dalam bidang teknologi mendorong adik Aqil untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beberapa kali hadir ke program yang diadakan di PI, Adik Aqil sudah tahu asas-asas komputer. Perkembangan yang positif ditunjukkan oleh adik Aqil kerana semangat dan ketekunan yang tinggi dalam menuntut ilmu.
MENJUAL PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
Nama | : Munirah bt Ab Rahman |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Munirah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dengan kehadiran seorang puteri. Beliau merupakan anak jati kelahiran Felda Kerteh 2. Puan Munirah menjalankan perniagaan semenjak setahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendirikan rumah tangga. Puan Munirah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan apabila beliau berasa terlalu kekok untuk tidak bekerja selepas mendirikan rumah tangga. Sebelum memulakan perniagaan, Puan Munirah telah datang ke pusat internet untuk mencari maklumat tentang idea-idea perniagaan dan cara untuk memulakan perniagaan untuk pemula. Puan Munirah bernasib baik kerana pusat internet Felda Kerteh 2 menyediakan latihan keusahawanan yang boleh membantu Puan Munierah untuk menjalankan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Kerteh 2, perniagaan Puan Munirah semakin berkembang dengan maju. Beliau juga menjalankan jualan secara atas talian melalui Whatapps, Instagram, Facebook, dan mempunyai gerai jualan bergerak di sekitar Felda Kerteh 2.