Nama | : Siti Nurul Aisyah Atikah bt Khairudin |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Aisyah Atikah merupakan anak sulung dalam keluarga. Beliau dan keluarga menetap di Selangor sebelum pulang menetap di Dungun. Beliau sering datang ke pusat internet untuk membuat kerja sekolah memandangkan ibu saudaranya menetap di Felda Kerteh 2.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Aisyah sememangnya sudah mengetahui asas menggunakan komputer tapi beliau masih kurang mahir. Adik Aisyah selalu meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas dalam menyelesaikan kerja sekolah beliau atau jika beliau mahu mencari sebarang maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah berdaftar menjadi ahli, adik Aisyah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau dalam kemahiran ICT. Dalam masa yang sama adik Aisyah dapat mengajar kawan-kawannya menggunakan komputer.
Nama | : Nurul Asyikin Maizatul Adibah |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Cik Asikin ialah seorang usahawan muda. Beliau berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Berniaga ialah punca rezeki utama bagi Cik Ayikin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Ayikin menyediakan perkhidmatan membuat photobook. Perkhidmatan beliau memerlukan beliau menggunakan komputer. Sebelum penglibatan bersama dengan pusat internet, agak sulit bagi Cik Asikin mengedit gambar menggunakan telefon pintar sahaja. Hasil jualan pada ketika itu juga kurang memberangsangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai beberapa aktiviti bersama pusat internet, beliau Nampak akan peluang yang dapat dicapai sekiranya beliau kekal konsisten menjalankan perniagaan. Akhirnya perniagaan tersebut membuahkan hasil. Pusat internet membantu beliau untuk terbang lebih jauh.
Nama | : Muhd Zareef Ishqal bin Zamani |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Zareef merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun dan berada di tingkatan 3. Sejak bersekolah rendah Zareef sering datang ke pusat internet bersama kawan-kawannya pada masa terluang. Minat dalam bidang perkomputeran memang sudah ada sejak dari kecil lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan pusat internet. Zareef seorang murid yang kurang aktif. Dia banyak menghabiskan masa sehariannya di rumah berbanding dengan kawan-kawan. Zareef juga tidak pandai menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah berdaftar menjadi ahli, Zareef lebih kerap datang ke pusat internet terutama apabila terdapat maklumat yang ingin di cari di laman web. Pada waktu tersebut penggunaan telefon tidak terlalu terkenal seperti sekarang. Selain itu Zareef juga sering datang untuk menyiapkan kerja rumah bersam kawan-kawannya. Zareef lebih mahir menggunakan komputer berbanding sebelumnya.
Nama | : Nurul Afzan Ismail |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Afzan merupakan seorang wanita yang berkerjaya. Beliau menjalankan perniagaan kerana minat yang begitu mendalam dalam dunia perniagaan. Beliau telah mula berjinak-jinak dalam urusan jual beli secara online semenjak tahun 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama pusat internet, pasaran yang diterokai oleh Puan Afzan amat terhad. Target jualan beliau hanyalah rakan-rakan terdekat. Selain itu Puan Afzan juga berminat untuk belajar lebih banyak ilmu mengenai perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di pusat internet, Puan Afzan lebih mahir dalam selok belok perniagaan beliau. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya latihan keusahawanan yang banyak membantu dalam perniagaan beliau.
Nama | : Nor Maziah bt Majid |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Azi ialah surirumah sepenuh masa dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Sumber pendapatan utama beliau adalah sepenuhnya dari suami memandangkan dia tidak bekerja dan perlu menjaga dua anak yang masih kecil.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Azi tidak begitu mahir menggunakan media sosial dan internet. Selain itu beliau menyangka bahawa mustahil untuk beliau berniaga memandangkan anak anak beliau masih kecil dan memerlukan sepenuh perhatian daripada beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai beberapa aktiviti bersama pusat internet, Puan Azi bertambah yakin dengan kebolehan beliau. Puan Azi mula melakukan jualan dari rumah. Suami Puan Azi amat menyokong isterinya dalam menjalankan perniagaan beliau. Sekarang Puan Azi dapat melakukan jualan yang agak memuaskan dan dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarganya.