USAHAWAN SAMBAL HITAM, KERIA VIRAL GANU, KEDAI MAKAN, PERUNCITAN DAN LAIN-LAIN

Nama : Suhaillah binti Mohamad 
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Su adalah seorang usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan sejak 24 oktober 1995. No. pendaftaran perniagaan beliau adalah TR0008551-K.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 200 sahaja sebulan. Ini kerana tiada promosi jualan secara meluas dibuat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila adanya Pusat Internet, beliau mula membuka peluang untuk meluaskan hasil perniagaannya kepada media sosial iaitu facebook,whatsap dan aplikasi dashboard melalui MyShop dan sebagainya. Dengan adanya internet beliau dapat mempromosikan barangan jualan beliau kepada komuniti setempat.

Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih daripada 50 kali ganda dari jualan dahulu.

Untitled1

BELAJAR ASAS KOMPUTER

Nama : Nur Aina Syafiqa binti Redzuan 
Umur : 8 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Aina adalah merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau yang seringkali datang ke Pusat Internet Felda Kerteh 2 untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi mempelajari  asas Komputer dan sering mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya kurang mahir kerana hanya mengenali dunia teknologi maklumat dari sekolah dan tidak mengetahui etika yang sebenar dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Kerteh 2,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.

USAHAWAN BARANGAN AVON

Nama : Nor Wahidah binti Mohd Khanafi 
Umur : 21 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Wahidah mula berjinak-jinak menjual secara online dan ofline  disekitar Kampung Felda Kerteh 2 dan 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini saya hanya mahir menggunakan telefon pintar sahaja untuk menjual secara atas talian daripada menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila adanya Pusat Internet, saya mula membuka peluang untuk meluaskan hasil perniagaannya melalui whatsap dan aplikasi dashboard iaitu  MyShop dengan menggunakan komputer. Dengan adanya internet beliau dapat mempromosikan barangan jualan beliau kepada komuniti setempat. Cik Wahidah juga dapat meluaskan perniagaannya ke sekitar kawasan bandar dan luar bandar dari capaian internet serta tunjuk ajar dari petugas PI Felda Kerteh 2. Selepas mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Kerteh 2, saya dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer.

1

USAHAWAN (PERKHIDMATAN MAKE UP DAN HENNA ART)

Nama : Nur Aqilah binti Mamat  
Umur : 21 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Aqilah merupakan komuniti felda kerteh 2 yang berminat di dalam bidang make up dan henna art. Cik Aqilah berjinak dengan perkhidmatan ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu hanya dari rumah tetapi setelah menyertai program yang diadakan di Pusat Internet  Felda Kerteh 2 ,Cik Aqilah telah mempelajari banyak cara untuk mempromosikan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Aqilah hanya memulakan perkhidmatannya hanya di rumahnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui program yang disediakan dapat  memberi pendedahan kepada beliau tentang kepentingan promosi atas talian di mana dapat mempromosikan perkhidmatannya. Cik Aqilah dapat mengetahui perkembangan terkini melalui penggunaan internet dan dapat mengubah ekonomi perniagaan itu sendiri. Dengan kemudahan internet ini juga beliau dapat mengetahui maklumat lanjut tentang harga pasaran dan saingan secara sihat berkenaan dengan komuniti yang menghasilkan perkhidmatan make up dan henna art.  Selain itu juga kemudahan PI juga dapat sedikit sebanyak memberi ilmu bantuan ekonomi yang kini banyak dapat diakses melalui laman sesawang di internet.

2

MENJALANKAN PERNIAGAAN KEK DAN PASTRI

Nama :  Nurul Afiqah bt Abdul Rahman
Umur : 25 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Afiqah merupakan komuniti Felda Kerteh 2 yang menjalankan perniagaan kek dan pastri. Cik Afiqah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu hanya dari rumah tetapi setelah menyertai program yang diadakan di Pusat Internet Felda Kerteh 2 ,Cik Afiqah telah mempelajari lebih banyak cara untuk mempromosikan produk jualannya secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Afiqah hanya menjual kek kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui program yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia, Cik Afiqah menerima lebih banyak pendedahan tentang cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta dapat diketahui oleh lebih ramai orang. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Cik Afiqah dapat memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Cik Afiqah dapat mengetahui pembekal yang menjual bahan mentah yang lebih murah dan lokasi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produknya.

 

WhatsApp Image 2018 05 06 at 10.58.40 AM