Nama : Noor Badri Syah 
Umur : 09 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Adik Badri merupakan anak kelahiran Felda Kerteh 2 dan merupakan generasi ketiga peneroka. Adik Badri menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pengkomputeran dan sering datang ke pusat internet untuk belajar menggunakan komputer. Selain itu, adik Badri menggunakan kemudahan yang disediakan ini untuk mencari maklumat tentang subjek mata pelajaran yang kurang difahami.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Badri merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam. Sebelum menyertai aktiviti yang diadakan di pusat internet, adik Badri lebih gemar menghabiskan masa di rumah dan menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mula penglibatan, adik Badri menunjukkan tindak balas yang positif apabila tidak lagi kekok berhadapan dengan kawan-kawan yang lain. Adik Badri jugak cepat faham dan belajar apa yang diajar oleh petugas pi ketika program. Adik Badri lebih mahir menggunakan komputer dan dapat melayari internet dengan lebih bijak.

Nama : Azraie Syam Ikhwan bin Zakaria 
Umur : 14 tahun
Ahli : 2015


Latar belakang

Adik Azri merupakan pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau. Beliau sering hadir ke pusat internet untuk mencari maklumat atau melayari internet semenjak di sekolah rendah lagi. Selain itu, adik Azri jugak datang ke pusat internet untik menyertai kelas atau program yang diadakan di Pusat Internet Felda Kerteh 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Azri tidak mempunyai pengalaman dalam menggunakan kemudahan internet. Sebelum menyertai program yang diadakan di pusat internet, adikAzri banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan di telefon mudah alih. Dari sebab itu prestasi pembelajaran Adik Azri semakin menurun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mula penglibatan, adik Azri menunjukkan prestasi yang memberansangkan disebabkan minat yang amat mendalam untuk belajar mengenai komputer dan jalur lebar. Lama-kelamaan adik Azri mahir menggunakan komputer dan aplikasi di dalamnya. Beliau juga menunjukkan penimgkatan di dalam pembelajaran kerana adik Azri mendapat lebih banyak maklumat dan rujukan.

MENJUAL PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Nama : Shafiah bt Said 
Umur : 26 tahun
Ahli : 2015


 
Latar belakang

Puan Shafiah merupakan anak jati kelahiran Felda Kerteh 3 dan ibu kepada seorang cahaya mata. Beliau merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan menjalankan perniagaan produk kecantikan untuk menambah pendapatan sampingan bagi membantu keluarga kecil beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti Malaysia Terengganu, Puan Shafiah bekerja sebagai guru ganti di SMK Paka sebelum mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat swasta di Paka. Minat yang mendalam dalam bidang jualan mendorong Puan Shafiah untuk mula berkecimpung dalam bidang perniagaan. Pada permulaan perniagaan, hasil jualan Puan Shafiah mendapat sambutan yang positif akan tetapi masih belum mencapai target jualan sebenar beliau.

 

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Kerteh 2, perniagaan Puan Shafiah semakin berkembang dengan maju. Beliau juga menjalankan jualan secara atas talian melalui Whatapps, Instagram, Facebook, Myshop dan mempunyai ruang pameran khas di rumahnya sendiri.

 

51570663 2328565283869033 2813570019259276659 n

 

 

MENJUAL KEK DAN MANISAN

Nama : Nur Suhada bt Hasim 
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Suhada merupakan suri rumah sepenuh masa dan berusia 33 tahun. Beliau mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kerana minatnya dalam bidang pembuatan kek sangat mendalam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suhada hanya menjual kek kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja.

 

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui program yang disediakan di Pusat Internet, Puan Suhada menerima lebih banyak pendedahan tentang cara-cara mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah dan cepat serta dapat diketahui oleh lebih ramai orang. Dengan penggunaan internet yang lebih mahir, Puan Suhada dapat memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain. Puan Suhada dapat mengetahui pembekal yang menjual bahan mentah yang lebih murah dan lokasi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produknya.

 

56470403 994535494268728 8113132379637284864 n

 

 

MENJUAL PRODUK JSD, BARANG PERHIASAN EMAS DAN TUDUNG

Nama : Norizan bt Daud 
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norizan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Puan Izan mempunyai suami yang berpendapatan sederhana dan beliau mahu membantu suaminya menjana pendapatan sampingan. Puan Norizan merupakan usahawan yang menjual produk kosmetik JSD, menjual tudung dan juga perhiasan emas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menggunakan telefon mudah alih sebagai medium utama untuk menjalankan transaksi agak sukar buat Puan Izan. Oleh itu Puan Izan sering datang ke pusat internet Felda Kerteh 2 untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai latihan di pusat internet, Puan Izan belajar pelbagai cara untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk yang dijualnya. Pada bulan pertama penglibatan beliau bersama pusat internet, jumlah pendapatan Puan Izan meningkat sebnyak dua kali ganda.

 

 52764735 2265221703798214 2267284888774246400 n