MENJUAL PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Nama : Wan Ayu Nazira bt Wan Nawang 
Umur : 19 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang 

Puan Ayu menetap di Felda Kerteh 2 semenjak kecil lagi. Minat untuk menjalankan perniagaan di warisi dari ibu dan bapanya yang juga membuka perniagaan kedai makan. Pada awalnya Puan Ayu berniaga sekadar untuk mencari pendapatan sampingan akan tetapi lama kelamaan timbul minat yang lebih mendalam untuk meneruskan bidang perniagaan yang diceburinya,

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan pelbagai khusus yang ditawarkan di pusat internet, Puan Ayu hanya mempromosikan produknya kepada rakan-rakan terdekat dan jiran tetangga sahaja. Lama-kelamaan timbul kesedaran untuk memasarkan produk dan barangannya dengan lebih meluas. Cik Ayu memilih langkah yang bijak apabila menghadirkan diri ke pusat internet untuk belajar cara mempromosikan produknya melalui atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain menggunakan aplikasi Facebook dan Instagram, Puan Ayu juga menggunakan aplikasi My Shop untuk mempromosikan produk beliau. Sambutan yang diperoleh amat menggalakkan dan Cik Ayu juga dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan.

 

52029160 2185827068348947 5163167661844070400 n

 

 

 

Nama : Nurzulaika Maisarah bt Mohd Zulkefle
Umur : 14
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Adik Maisarah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau. Sejak berdaftar di Pusat Internet Felda Kerteh 2, adik Maisarah sering datang untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah sama ada mencari maklumat mahupun menyiapkan kerja kursus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Maisarah datang dari keluarga berpendapatan sederhana. Oleh itu tiada kemudahan internet mahupun komputer disediakan dirumah. Sebelum ini agak sukar bagi adik Maisarah untuk mencari maklumat dan amat kekurangan sumber rujukan dalam pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berdaftar di pusat internet, pengetahuan adik Maisarah dalam menggunakan komputer semakin bertambah dan dia semakin mahir menggunakan komputer. Dia juga dapat menyiapkan portfolio sekolah dengan lebih cepat berbanding sebelum ini.

 

BELAJAR ASAS KOMPUTER

Nama : Nurin najwa binti Zulkifli
Umur : 10 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Adik Nurin adalah seorang pelajar sekolah rendah dan  seringkali datang ke Pusat Internet Felda Kerteh 2 untuk belajar asas Komputer apabila ada masa terluang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya mengenali dunia teknologi maklumat hanya dari sekolah dan tidak begitu terdedah dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer dan asas internet seperti Microsoft office yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Kerteh 2,saya dapat belajar asas komputer dengan baik dan dapat meningkatkan ilmu IT dalam diri saya.

BELAJAR ASAS KOMPUTER

Nama : M.Firdaus Mustaqim bin Kamarudin 
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Adik Mustaqim merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Rasau. Beliau sering datang ke pusat internet untuk melayari internet dan menyertai kelas yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Mustaqim telah berdaftar dengan Pusat Internet semenjak tahun 2016 lagi. Sebelum menyertai program yang diadakan di PI, adik Mustaqim mempunyai pengetahuan yang kosong tentang cara penggunaan komputer dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer seperti Microsoft Office antaranya Microsoft word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Kerteh 2,adik Mustaqim dapat belajar asas computer dengan lebih cekap. Beliau juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajarinya di PI di sekolah bersama kawan-kawan.

USAHAWAN CHICKEN CHOP, NASI GORENG CHICKEN CHOP, NASI KERABU DAN PRODUK JSD

Nama : Syarmila binti Mohamed Yunus 
Umur : 29 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn.Syarmila adalah seorang usahawan yang bergiat aktif dalam perniagaan chicken chop, nasi goreng chicken chop, nasi kerabu dan produk JSD disekitar felda kerteh 2 dan 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Syarmila hanya memulakan perniagaanya di kawasan kampung sahaja. Jumlah produk yang dapat dijual adalah sedikit kerana kurang promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas serta program yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Kerteh 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan emel serta pengenalan kepada dashboard  iaitu aplikasi my shop . Peniaga ini dapat mengetahui perkembangan terkini melalui penggunaan internet dan dapat mengubah ekonomi perniagaan itu sendiri dari penduduk luar bandar ke bandar agar dapat mengembangkan perniagaanya ke serata tempat.

Untitled